Monday 9 April 2012

Banyaknya Nikmat Allah

Bismillahhirrahmannirrahim..

Sunset di Alexandria, indah ciptaannya bukan?


Ahad, 8 April. Aku pergi jogging. Aku kan belaja di Iskandariah, Mesir. Jadi, Iskandariah ni, atau lagi senang aku panggil Alex, memang terkenal dengan pantainyaaa. Bukan apa pun, banyak-banyak tempat kerajaan Malaysia hantar kat Mesir ni, Alex je laaa tempat yang ada pantai. Untunglaaaaa budak Alex. Dekat Malaysia kan, cuba kita semua lihat. Malaysia dikelilingi oleh pantai dan laut bukan? Pernah terfikir jika Allah tarik nikmat laut itu? Apa berlaku pada kita? Pada pemikiran logik aku, kita mula je laaa dengan bende asas. Ikan. Apa kepentingan ikan? Ikan merupakan antara sumber protein yang utama. Yang di mana begitu banyak khasiatnya kepada manusia. Kalau takde ikan? Nak mengharapkan pada apa? Ayam, daging? Boleh. Tapi ingat. Ayam dan daging semua datangnya dari kegiatan pertanian. Andai kata suatu hari nnt, kemarau diturunkan oleh Allah. Tanaman tidak menjadi kerana kering kontang. Laut tak pernah kering. MashaAllah. Pernah terfikir lagi kalau nikmat laut itu ditarik balik oleh Allah? Apa jadi pada saudara-saudara kita yang bekerja sebagai nelayan? Di manakah mereka mahu mencari sesuap nasi? Bukan sahaja untuk diri bahkan untuk seluruh keluarga nya? Takkan nak meminta sedekah? Ada tenaga kudrat, better kita lakukan sesuatu pekerjaan. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Percayalah. Jika kita lakukan pekerjaan dengan tenaga sendiri, InsyaAllah terasa kenikmatannya. Nampak tak? Satu nikmat sahaja ditarik, banyak kesusahan yang kita dapat.

Seterusnya, manusia senang leka bahawa pada salah satu nikmat yang tak terkira, iaitu nikmat kehidupan. Berat rasanya mulut ini untuk mengucap sekurang-kurangnya 'Alhamdulillah' di saat terjaga dari tidur. Allah dah memberikan kita nikmat oksigen dengan percuma dahh. Bayangkan kalau Allah caj kita dengan setiap oksigen yang kita consume. Tak terkira banyaknya hutang kita pada Allah. Allah tidak meminta dengan wang ringgit untuk nikmat itu. Allah hanya memerintahkan kita solat , melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya sahaja. Bahkan, Allah pula lagi tambah nikmat itu dengan menghadiahkan kita syurga di akirat kelak. Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahuakbar. Begitu sekali pemurahnya Allah, Tuhan sekelian alam. Ini baru dua nikmat sahaja. Belum lagi nikmat-nikmat Allah yang begitu banyaknya itu. Memang tak terhabis tulis kalau nak listkan nikmat-nikmat Allah itu. Kita sebagai hamba-Nya, sering melupakan Allah lebih lebih lagi di saat kesenangan dan kemewahan. Bagaimana kita nak mengharapkan Allah kenal kita, menurunkan bantuan kepada kita, sedangkan di saat kita dihujani kesenangan, kita tidak mahu berkenalan dengan Allah. Kita tidah mahu bermesra dengan Allah. Jangan sampai Allah menarik nikmat kita. Nauzubillah. Semoga kita bermula saat ini, istiqamah dalam melakukan ibadah kepada-Nya. Melakukan sesuatu ibadah kerana Allah. Bukan untuk menunjuk, takbur ataupun riak. Wallahua'lam

Saturday 7 April 2012

Dugaan Allah

Bismillahhirrahmannirahim.

Sebelum aku memulakan bicara ni, aku nak mengeluarkan satu kenyataan laaa. Ceh, mcm press conference pulaa. Apa yang aku cakap dalam blog ni, semuanya dari perspektif pemikiran aku. Sebab aku ni bukanlahh budaklah produk keluaran sekolah agama yang hebat hebat. Namun, aku cuba juga berkongsi pendapat dengan semua. So, if ade kenyataan aku yang salah, tegurlah. Kerana kita hidup di dunia ini saling tegur menegur.

sedihnya orang nie :(


Dugaan Allah. Dugaan Allah adalah satu perkara yang setiap hamba-Nya di muka bumi ini telah melaluinyaaa. Bahkan, Rasulullah S.A.W yang Allah telah menggelarnya Kekasih Allah pun telah diuji. Malah lebih hebat dari kita umat Baginda ini. Sebab itu Rasulullah S.A.W digelar Rasul Ulul Azmi. Rasul Ulul Azmi ni adalah rasul-rasul Allah yang diuji dengan hebatnya ketika menyampaikan dakwah. Kita dengar kisah Rasulullah menghadapi ujian yang begitu hebat ketika menyampaikan dakwah. Bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri, Abu Jahal menjadi musuh Baginda yang utama. Di saat Rasulullah S.A.W dilahirkan, Abu Jahal la antara orang yang paling gembira di saat itu. Namun, apabila Baginda mula menyebarkan syariat Islam, Abu Jahal bertukar pula menjadi musuh Baginda. Hebat sungguh dugaan Rasulullah S.A.W terima. Itu belum lagi bercerita tentang cubaan untuk membunuh baginda lagi. Ketika Baginda sedang solat, leher Baginda dijerut. Ketika Baginda solat, Baginda dilemparkan najis. MasyaAllah. Nauzubillah. Astaghfirullahhalazim. Sungguh hebat dugaan yang menimpa diri Rasulullah S.A.W itu ya. Kalau kita lah kan, mesti dah putus asa dahh. Namun, di sebalik dugaan itu, kita lihat bagaimana empayar Islam bangkit pada zaman itu. Menjadi empayar yang paling hebat. Ramai ilmuwan dan cendekiwan Islam dilahirkan.

Sekarang apa kaitan nya sirah Rasulullah S.A.W itu dengan entry aku kali ni? Sebenarnya aku nak cakap, bahawa Allah tidak akan menduga seseorang jika hamba-Nya tidak mampu melakukannya. Contohnyaa, sedang saat kita diuji oleh Allah, sedarkah kalian pada akhirnya kita mampu keluar dari ujian itu? Itu tandanya kita berjaya mengharungi ujian Allah. Sedarkah juga kalian bahawa dengan ujian Allah ini, hubungan kita dengan-Nya makin bertambah erat. Ketika kita susah, siapakah yang kita cari? Allah Taala juga kita cari. Sedar tak bahawa kita berdoa mungkin begini, ' Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu. Berikan ku kekuatan untuk mengharungi dugaan-Mu ini ' .Alhamdulillah. Kita di saat kesusahan mengingati Allah. Tetapi berubahlah. Di saat kita senang ini juga, kita seharusnya mengingati-Nya. Itu dugaan Allah untuk kita. Cuba kita lihat dugaan yang Allah berikan kepada saudara-saudara se-Islam kita di Palestin dan Syria terutamanya. Mereka diuji dengan sebegitu hebat sekali. Mereka diuji dengan dugaan Allah, negara mereka bergolak. Hidup dalam keadaan huru hara. Dibom sana, dibom sini. Aduhh. Peritnyaa. Bagaimana mereka berjaya mengharungi dugaan Allah ini? Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha Penyayang. Allah menghadiahkan mereka sesuatu yang kita mungkin tak dapat nikmat merasainya. Apakah nikmat itu? Nikmat menjadi para syuhada Allah. Mati syahid di jalan Allah. Ya Allah, mulianya mereka. Kita yang hidup di negara yang aman damai ni? Bagaimana? MasyaAllah. Takut bila berkatakan soal mati ni. Semoga kita mendapat limpahan kasih, taufik dan hidayah daripada Allah. InsyaAllah. Wallahua'lam.

Berdakwah

Bismillahirrahmannirrahim. Haaaaa. Melihat sahaja pada tajuk, mesti korang ingat aku nak berdakwah kan? haha. Takdelaaa. Actually, Khamis, 5 April, bertempat di Masrah Iskandariah, ada satu forum yang menarik diperbincangkan. Tajuk forum tu, 'Ada Aku Kisah'.. Aku datang lambat sikit waktu program nie. Mengikut kefahaman aku, forum kali ni dia pasal tanggung jawab kita dalam masyarakat mahupun diri sendiri. Tanggung jawab untuk apa? Untuk berdakwah laaa. Sebab setiap antara kita dilahirkan untuk menjadi ketua. Ade yang ditentukan oleh Allah, untuk menjadi ketua negara, ade yang jadi ketua kerajaan, ade yang jadi ketua masyarakat, ketua keluarga dan lain lain lagi lah ketua. Akan tetapi majoriti dari kita semua menjadi ketua kepada diri sendiri. Sebagai ketua, kita telah diberikan tanggung jawab untuk menjalankan dakwah. Dalam konteks ni, bukan berdakwah mcm Rasulullah S.A.W tuh. Rasulullah S.A.W punya dakwah sangat hebat. Kita tak mampu untuk melakukannya. Sebab itu Allah turunkan Baginda sebagai Rasul kepada umat akhir zaman. Tanggung jawab kita hanyalah menyebarkan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Nampak mcm mudah kan? Tetapi berapa ramai yang menjalankan dakwah? Sedikit je.

Dakwah pada hakikatnya ialah mengajak orang untuk kembali kepada fitrahnya, mendekatkannya, mengakrabkannya, dan mempersaudarakannya. Dakwah yang berhasil adalah kembalinya sesorang kepada hidayah Allah dengan perantara seorang pendakwah. Kejayaan mengajak seseorang kembali ke jalan Allah itu lebih baik baginya berbanding ia mendapatkan sesuatu sifatnya bernilai material. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda kepada Saiyidina Ali R.A :

" Wahai Ali, seseorang yang mendapatkan hidayah Allah melalui usaha engkau adalah lebih baik daripada engkau memperolehi seekor unta merah ". ( HR Bukhari dan Muslim )


Kemampuan setiap orang dalam menyampaikan dakwah adalah berbeza-beza. Tugas seorang pendakwah adalah menyampaikan kebenaran Islam itu dengan cara yang sesuai dengan keadaan masyarakat agar boleh diterima dengan kesedaran. Tidak perlu memaksa agar ia segera berubah kerana tugas kita hanyalah penyampai bukan pemberi hidayah. Sebolehnya disampaikan dakwah ini dengan cara yang bijak dan mungkin dengan sifatnya tidak menghukum.

Berbalik kepada tajuk 'Berdakwah' di atas. Apakah tanggung jawab kita dalam menyampaikan dakwah ni? Bagaimana situasinya ? Untuk kita ni menjalankan dakwah, kita boleh laksanakan dengan konsep ' Amar Makruf Nahi Mungkar ' Sebelum itu ketahuilah bahawa hukum kita menjalankan dakwah adalah WAJIB. Ya, wajib. Bukanlah sunat ataupun harus. Jika anda berada dalam situasi begini, maka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyampaikan dakwah. ' Anda sedang berjalan di tepi pantai. Sedang anda berjalan menikmati ciptaan Allah Yang Maha Agung, subhanallah cantiknya. Tiba tiba anda ternampak kenalan anda sedang berdua-duaan dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Sedangkan mereka bukanlah muhrim. ' Maka anda seharusnya menegur mereka. Menegur pun ada cara. Janganlah kamu menengking mereka. Kerana dengan cara begini, anda akan menambah lagi kekeruhan masalah tersebut. Sebaliknya menegurlah mereka dengan suara yang lemah lembut. Beritahu mereka bahawa perbuatan mereka tidak elok untuk dipandang dan boleh mendatangkan fitnah. Kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk menerima teguran kita itu dengan serta merta. Kerana hanya Allah sahaja yang membuka pintu hati mereka dan meniupkan hidayah. Jika kita tidak mampu untuk melakukan dengan cara menegur, biasanya pelajar di mesir ni menegur dengan menghantar surat. Semoga dengan niat kita untuk berdakwah ni diterima Allah dan Allah memberinya cahaya hidayah. MasyaAllah.

Selain daripada itu, nak berdakwah ini ada caranya juga. Nak berdakwah ni kene ade akhlak yang elok. Yang mana bila kita tegur orang tuh, mereka boleh terima teguran kita tanpa berbicara soal perilaku kita. Ada satu kisah di mana pada Rasulullah S.A.W , wujud seorang wanita Yahudi yang sangat membenci Baginda. Setiap hari jika Baginda lalu di hadapan rumah wanita tersebut, wanita tersebut akan membuang sampah ke atas Rasulullah S.A.W. nauzubillah. Sehingga begitu sekali kebencian mereka pada Kekasih Allah itu. Namun. Baginda sangat bersabar akan tindakan wanita tersebut. Ada suatu hari itu, Baginda lalu di hadapan rumah wanita itu. Baginda hairan kerana tidak ada sampah yang dibuang oleh wanita itu ke atas diri Baginda. Lalu, Baginda bertanyakan kepada jiran wanita tersebut tentang ketiadaan wanita tersebut. Kata jiran wanita tersebut bahawa wanta tersebut jatuh sakit. Baginda sememangnya kita kenal dengan sifat terpujinya, melawat wanita itu. Akhirnya, wanita itu memeluk Islam. Ironinya, untuk menjalankan dakwah, seharusnya seseorang itu perlu memperbaiki diri untuk membina akhlak yang terpuji. Masyarakat zaman kini, contohnya. Masalah merokok. Semua tahu bahawa merokok itu haram. Untuk menasihati orang supaya berhenti merokok, janganlah kita hanya berkata kata dan pandai menasihati orang lain, tetapi kita sendiri juga merokok. Mengajak orang berhenti merokok juga adalah satu kegiatan dakwah kerana kita mengajak mereka ke arah kebaikan.

Last but not least, sebagai ringkasannya lahh, jangan lahh kita memandang enteng kepada kegiatan dakwah ini. Sesungguhnya, ingatlah bahawa hukum berdakwah itu adalah WAJIB. Ingatlah, sekiranya ada orang menasihati kita, janganlah kita membentak dan merungut kepada teguran itu. Tetapi terimalah dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, akan ada hikmah di sebalik teguran itu. Kita tidak sentiasa berada pada jalan yang betul. Ada kalanya kita tergelincir tanpa kita sedari namun orang lain nampak tergelincirnya kita itu lalu memberi teguran kepada kita. Dan, kita sebagai manusia yang telah diwajibkan untuk berdakwah janganlah mengabaikan tanggung jawab kita itu. Tegurlah sesiapa yang kita nampak telah tergelincir dari landasan fisabilillah, tegur mereka dengan berhemah dan lemah lembut, dan kita hanya berdoa agar Allah meniupkan sinar hidayah ke dalam hati mereka. InsyaAllah. 



Friday 6 April 2012

We Read, We Learn, We Share

Salam. Ke hadapan pembaca sekalian..

Entry kali ini mungkin ringkas je. Mengapa blog kali ini diberi nama 'We Read, We Learn, We Share' ? Kenapa tak Diari Seorang Romeo. Kenapa tak Cerita Hidup Saya. Kenapa, kenapa dan kenapa? Banyak kenapa tuh kan? Senang je jawapan dia. Aku pilih We Read We Learn We Share ni sebagai nama blog aku sebab, blog aku kali ni, aku nak ubah dia. Lain sikit. Sebab dulu blog aku ni lain sikit. Pasal cinta lahhh, pasal bende yang mungkin agak remeh temeh. Tapi kali ni, aku nak ubah sikit. Aku nak jadikan blog ni satu perkara yang berilmiah. Bermanfaat kepada bukan sahaja diri aku, tetapi boleh membawa kebaikan kepada pembaca terutamanya. Untuk dapat sesuatu ilmu, boleh ke kite dapat mcm tuh je? Petik jari je dapat. Petik jari je dapat. Begitu? Tak. Biasanya, ilmu tuh kite dapat through reading. And apa kaitan dengan LEARN? Easy. With reading, we can learn something. Tapi make sure bahan bacaan tuh berilmiah laaa. Ini bace komik, mana nak dapat ilmu tuh. Bace laaa komik pun, tp membaca yang ilmiah tuh lagi berfaedah. Aku ckp je nie, padahal aku layan gak komik tuh. Then, pasal SHARE pula. Once kite dah bace sesuatu, and we learn from it, adalah lebih bagus rasenya kalau kita spread the words. Sharing is caring. Salah satu amalan yang tidak akan putus pahalanya apabila kita mati adalah ilmu yang bermanfaat. Aku akan cuba yang terbaik untuk update blog nie. Dan nnt ade something aku cerita pasal kehidupan aku kat sini. Tapi inshaAllah bermanfaat. So aku rase aku stop kat sini eh. Nnt sambung cerita lagi. Till then.

Wednesday 4 April 2012

Pengorbanan Demi Cita-Cita

Frankly, post ni sebenarnya dah lama dahh.. Bende ni dah berlaku enam bulan yang lepas. Apa ? Apa yang berlaku ? jengjengjeng. Sebenarnya, ALHAMDULILLAH. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Aku dpt lah meneruskan cita cita aku sebagai seorang doktor. INSHAALLAH dalam masa enam tahun lagi. Di mana aku belaja? Ya. Di Mesir. Di Fakulti Perubatan University Iskandariah, atau nama glamour, Alexandria Unversity. 



24/9/2011

Tarikh keramat aku meninggalkan tanah air. Pagi lagi aku sebenarnya tak leh tidur malam sebelum aku nak fly tuh. Aku banyak menghabiskan masa contact kawankawan, lepaskan segala rindu dekat rumah. Maklum lah, enam tahun bang aku belaja kat Mesir ni. Or specifically, dekat Alex. Banyak aku habiskan masa kat rumah tuh. Aku seorang diri je kat situ. Family aku yg lain semua tidur. Ya Allah sebaknya masa nak fly tuh. Memang laa aku penah duk hostel. Penah duk jauh dari family. Skrg ni aku deal dengan kehidupan jauh dari family. Jauh beribu kilometer nya. Around lepas subuh, aku tinggalkan rumah tuh. Rumah yg aku hidup lebih dari sepuluh tahun. Menujuk KLIA. Flight aku pukul 10 pagi. So biasalaaa. Kene masuk dalam airplane lebih awak dr mase departure kann. Ramai yang menghantar aku ke sana. Terharu aku. Yang aku x sangka, seorang kawan aku yang aku boleh kate sahabat aku, Muhd Fadhil. Dia sanggup dtg dgn family dia semata mata nak hantar aku. Ya Allah. Terharunya aku. Mase aku nak menuju masuk ke flight aku, yelaaa. Peluk cium semua laaa kan.Mesti laaa aku. Konon nak tabah. Tahan air mata. Teardrops on my shoe. Bila abah aku nangis, aku pun sebak. So nangis laa jugaa. Then aku melambai, kira mcm lambaian terakhir aku laa untuk diorg. 



Mase dalam flight, aku naik Airlines Gulf Air. aku dapat duduk tepi tingkap.Sebelah aku pulak, ade sorg mat salleh nie. Nama dia Chris. Dia ade kerja kat Jeddah masa tuh. Ade laa borak sikit sikit dengan dia. Tp aku xleh tahan duk dengan dia sebab satu je. Dalam flight tuh, dia minum wine. Pffttt. Bau wine tuh tak yah nak ckp laaa. Aku tahan je selama almost 8 jam kot dlm flight. Kot laaa. HAHA. Transit kat Bahrain dua jam. Aku jumpa empat orang senior yang end up aku kenal diorg and aku stay rumah diorang. HAHA. tuu laa namanya takdir Tuhan. So kehidupan aku pun bemula di negara orang. Memang banyak cabaran dia. Dengan homesick nye lain. Dan bermula lahh pengorbanan dan perjalanan seorang doktor yang akan dtg dalam masa enam tahun lagi, InshaAllah. 

Mati Hidup Semula

Assalamualaikum.

Setelah sekian lamanyaa menyepi, fuaaaa. mmg lama kot blog ni terbengkalai. Akibat kemalasan manusia, kesibukan duniawi, mmg blog ni terbiar mcm tuu je. *sapu sawang sawang dekat blog* tujuan aku update ni  pun, ntahlaaa. kenapa ? why? leh? *arab ammiah untuk kenapa* aku pun tak sure reasons nye. Miss my diary kot. chewahhh. HAHA. ttibe mood mengupdate blog mengundang. So aku pun update laahh segala macam blog nie. Hmm, maybe ni kott untuk mukadimah nye. Sorry kepada semua followers. Aku akan update lagi banyak pasal kehidupan aku, perspektif pandangan aku. Sebab kehidupan aku dah berubah dari dulu. Till then....