Saturday 7 April 2012

Dugaan Allah

Bismillahhirrahmannirahim.

Sebelum aku memulakan bicara ni, aku nak mengeluarkan satu kenyataan laaa. Ceh, mcm press conference pulaa. Apa yang aku cakap dalam blog ni, semuanya dari perspektif pemikiran aku. Sebab aku ni bukanlahh budaklah produk keluaran sekolah agama yang hebat hebat. Namun, aku cuba juga berkongsi pendapat dengan semua. So, if ade kenyataan aku yang salah, tegurlah. Kerana kita hidup di dunia ini saling tegur menegur.

sedihnya orang nie :(


Dugaan Allah. Dugaan Allah adalah satu perkara yang setiap hamba-Nya di muka bumi ini telah melaluinyaaa. Bahkan, Rasulullah S.A.W yang Allah telah menggelarnya Kekasih Allah pun telah diuji. Malah lebih hebat dari kita umat Baginda ini. Sebab itu Rasulullah S.A.W digelar Rasul Ulul Azmi. Rasul Ulul Azmi ni adalah rasul-rasul Allah yang diuji dengan hebatnya ketika menyampaikan dakwah. Kita dengar kisah Rasulullah menghadapi ujian yang begitu hebat ketika menyampaikan dakwah. Bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri, Abu Jahal menjadi musuh Baginda yang utama. Di saat Rasulullah S.A.W dilahirkan, Abu Jahal la antara orang yang paling gembira di saat itu. Namun, apabila Baginda mula menyebarkan syariat Islam, Abu Jahal bertukar pula menjadi musuh Baginda. Hebat sungguh dugaan Rasulullah S.A.W terima. Itu belum lagi bercerita tentang cubaan untuk membunuh baginda lagi. Ketika Baginda sedang solat, leher Baginda dijerut. Ketika Baginda solat, Baginda dilemparkan najis. MasyaAllah. Nauzubillah. Astaghfirullahhalazim. Sungguh hebat dugaan yang menimpa diri Rasulullah S.A.W itu ya. Kalau kita lah kan, mesti dah putus asa dahh. Namun, di sebalik dugaan itu, kita lihat bagaimana empayar Islam bangkit pada zaman itu. Menjadi empayar yang paling hebat. Ramai ilmuwan dan cendekiwan Islam dilahirkan.

Sekarang apa kaitan nya sirah Rasulullah S.A.W itu dengan entry aku kali ni? Sebenarnya aku nak cakap, bahawa Allah tidak akan menduga seseorang jika hamba-Nya tidak mampu melakukannya. Contohnyaa, sedang saat kita diuji oleh Allah, sedarkah kalian pada akhirnya kita mampu keluar dari ujian itu? Itu tandanya kita berjaya mengharungi ujian Allah. Sedarkah juga kalian bahawa dengan ujian Allah ini, hubungan kita dengan-Nya makin bertambah erat. Ketika kita susah, siapakah yang kita cari? Allah Taala juga kita cari. Sedar tak bahawa kita berdoa mungkin begini, ' Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu. Berikan ku kekuatan untuk mengharungi dugaan-Mu ini ' .Alhamdulillah. Kita di saat kesusahan mengingati Allah. Tetapi berubahlah. Di saat kita senang ini juga, kita seharusnya mengingati-Nya. Itu dugaan Allah untuk kita. Cuba kita lihat dugaan yang Allah berikan kepada saudara-saudara se-Islam kita di Palestin dan Syria terutamanya. Mereka diuji dengan sebegitu hebat sekali. Mereka diuji dengan dugaan Allah, negara mereka bergolak. Hidup dalam keadaan huru hara. Dibom sana, dibom sini. Aduhh. Peritnyaa. Bagaimana mereka berjaya mengharungi dugaan Allah ini? Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Pengasih. Allah itu Maha Penyayang. Allah menghadiahkan mereka sesuatu yang kita mungkin tak dapat nikmat merasainya. Apakah nikmat itu? Nikmat menjadi para syuhada Allah. Mati syahid di jalan Allah. Ya Allah, mulianya mereka. Kita yang hidup di negara yang aman damai ni? Bagaimana? MasyaAllah. Takut bila berkatakan soal mati ni. Semoga kita mendapat limpahan kasih, taufik dan hidayah daripada Allah. InsyaAllah. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment