Saturday 7 April 2012

Berdakwah

Bismillahirrahmannirrahim. Haaaaa. Melihat sahaja pada tajuk, mesti korang ingat aku nak berdakwah kan? haha. Takdelaaa. Actually, Khamis, 5 April, bertempat di Masrah Iskandariah, ada satu forum yang menarik diperbincangkan. Tajuk forum tu, 'Ada Aku Kisah'.. Aku datang lambat sikit waktu program nie. Mengikut kefahaman aku, forum kali ni dia pasal tanggung jawab kita dalam masyarakat mahupun diri sendiri. Tanggung jawab untuk apa? Untuk berdakwah laaa. Sebab setiap antara kita dilahirkan untuk menjadi ketua. Ade yang ditentukan oleh Allah, untuk menjadi ketua negara, ade yang jadi ketua kerajaan, ade yang jadi ketua masyarakat, ketua keluarga dan lain lain lagi lah ketua. Akan tetapi majoriti dari kita semua menjadi ketua kepada diri sendiri. Sebagai ketua, kita telah diberikan tanggung jawab untuk menjalankan dakwah. Dalam konteks ni, bukan berdakwah mcm Rasulullah S.A.W tuh. Rasulullah S.A.W punya dakwah sangat hebat. Kita tak mampu untuk melakukannya. Sebab itu Allah turunkan Baginda sebagai Rasul kepada umat akhir zaman. Tanggung jawab kita hanyalah menyebarkan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Nampak mcm mudah kan? Tetapi berapa ramai yang menjalankan dakwah? Sedikit je.

Dakwah pada hakikatnya ialah mengajak orang untuk kembali kepada fitrahnya, mendekatkannya, mengakrabkannya, dan mempersaudarakannya. Dakwah yang berhasil adalah kembalinya sesorang kepada hidayah Allah dengan perantara seorang pendakwah. Kejayaan mengajak seseorang kembali ke jalan Allah itu lebih baik baginya berbanding ia mendapatkan sesuatu sifatnya bernilai material. Sebagaimana Rasulullah S.A.W bersabda kepada Saiyidina Ali R.A :

" Wahai Ali, seseorang yang mendapatkan hidayah Allah melalui usaha engkau adalah lebih baik daripada engkau memperolehi seekor unta merah ". ( HR Bukhari dan Muslim )


Kemampuan setiap orang dalam menyampaikan dakwah adalah berbeza-beza. Tugas seorang pendakwah adalah menyampaikan kebenaran Islam itu dengan cara yang sesuai dengan keadaan masyarakat agar boleh diterima dengan kesedaran. Tidak perlu memaksa agar ia segera berubah kerana tugas kita hanyalah penyampai bukan pemberi hidayah. Sebolehnya disampaikan dakwah ini dengan cara yang bijak dan mungkin dengan sifatnya tidak menghukum.

Berbalik kepada tajuk 'Berdakwah' di atas. Apakah tanggung jawab kita dalam menyampaikan dakwah ni? Bagaimana situasinya ? Untuk kita ni menjalankan dakwah, kita boleh laksanakan dengan konsep ' Amar Makruf Nahi Mungkar ' Sebelum itu ketahuilah bahawa hukum kita menjalankan dakwah adalah WAJIB. Ya, wajib. Bukanlah sunat ataupun harus. Jika anda berada dalam situasi begini, maka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyampaikan dakwah. ' Anda sedang berjalan di tepi pantai. Sedang anda berjalan menikmati ciptaan Allah Yang Maha Agung, subhanallah cantiknya. Tiba tiba anda ternampak kenalan anda sedang berdua-duaan dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Sedangkan mereka bukanlah muhrim. ' Maka anda seharusnya menegur mereka. Menegur pun ada cara. Janganlah kamu menengking mereka. Kerana dengan cara begini, anda akan menambah lagi kekeruhan masalah tersebut. Sebaliknya menegurlah mereka dengan suara yang lemah lembut. Beritahu mereka bahawa perbuatan mereka tidak elok untuk dipandang dan boleh mendatangkan fitnah. Kita tidak boleh mengharapkan mereka untuk menerima teguran kita itu dengan serta merta. Kerana hanya Allah sahaja yang membuka pintu hati mereka dan meniupkan hidayah. Jika kita tidak mampu untuk melakukan dengan cara menegur, biasanya pelajar di mesir ni menegur dengan menghantar surat. Semoga dengan niat kita untuk berdakwah ni diterima Allah dan Allah memberinya cahaya hidayah. MasyaAllah.

Selain daripada itu, nak berdakwah ini ada caranya juga. Nak berdakwah ni kene ade akhlak yang elok. Yang mana bila kita tegur orang tuh, mereka boleh terima teguran kita tanpa berbicara soal perilaku kita. Ada satu kisah di mana pada Rasulullah S.A.W , wujud seorang wanita Yahudi yang sangat membenci Baginda. Setiap hari jika Baginda lalu di hadapan rumah wanita tersebut, wanita tersebut akan membuang sampah ke atas Rasulullah S.A.W. nauzubillah. Sehingga begitu sekali kebencian mereka pada Kekasih Allah itu. Namun. Baginda sangat bersabar akan tindakan wanita tersebut. Ada suatu hari itu, Baginda lalu di hadapan rumah wanita itu. Baginda hairan kerana tidak ada sampah yang dibuang oleh wanita itu ke atas diri Baginda. Lalu, Baginda bertanyakan kepada jiran wanita tersebut tentang ketiadaan wanita tersebut. Kata jiran wanita tersebut bahawa wanta tersebut jatuh sakit. Baginda sememangnya kita kenal dengan sifat terpujinya, melawat wanita itu. Akhirnya, wanita itu memeluk Islam. Ironinya, untuk menjalankan dakwah, seharusnya seseorang itu perlu memperbaiki diri untuk membina akhlak yang terpuji. Masyarakat zaman kini, contohnya. Masalah merokok. Semua tahu bahawa merokok itu haram. Untuk menasihati orang supaya berhenti merokok, janganlah kita hanya berkata kata dan pandai menasihati orang lain, tetapi kita sendiri juga merokok. Mengajak orang berhenti merokok juga adalah satu kegiatan dakwah kerana kita mengajak mereka ke arah kebaikan.

Last but not least, sebagai ringkasannya lahh, jangan lahh kita memandang enteng kepada kegiatan dakwah ini. Sesungguhnya, ingatlah bahawa hukum berdakwah itu adalah WAJIB. Ingatlah, sekiranya ada orang menasihati kita, janganlah kita membentak dan merungut kepada teguran itu. Tetapi terimalah dengan hati yang terbuka. InsyaAllah, akan ada hikmah di sebalik teguran itu. Kita tidak sentiasa berada pada jalan yang betul. Ada kalanya kita tergelincir tanpa kita sedari namun orang lain nampak tergelincirnya kita itu lalu memberi teguran kepada kita. Dan, kita sebagai manusia yang telah diwajibkan untuk berdakwah janganlah mengabaikan tanggung jawab kita itu. Tegurlah sesiapa yang kita nampak telah tergelincir dari landasan fisabilillah, tegur mereka dengan berhemah dan lemah lembut, dan kita hanya berdoa agar Allah meniupkan sinar hidayah ke dalam hati mereka. InsyaAllah. 



No comments:

Post a Comment