Monday 9 April 2012

Banyaknya Nikmat Allah

Bismillahhirrahmannirrahim..

Sunset di Alexandria, indah ciptaannya bukan?


Ahad, 8 April. Aku pergi jogging. Aku kan belaja di Iskandariah, Mesir. Jadi, Iskandariah ni, atau lagi senang aku panggil Alex, memang terkenal dengan pantainyaaa. Bukan apa pun, banyak-banyak tempat kerajaan Malaysia hantar kat Mesir ni, Alex je laaa tempat yang ada pantai. Untunglaaaaa budak Alex. Dekat Malaysia kan, cuba kita semua lihat. Malaysia dikelilingi oleh pantai dan laut bukan? Pernah terfikir jika Allah tarik nikmat laut itu? Apa berlaku pada kita? Pada pemikiran logik aku, kita mula je laaa dengan bende asas. Ikan. Apa kepentingan ikan? Ikan merupakan antara sumber protein yang utama. Yang di mana begitu banyak khasiatnya kepada manusia. Kalau takde ikan? Nak mengharapkan pada apa? Ayam, daging? Boleh. Tapi ingat. Ayam dan daging semua datangnya dari kegiatan pertanian. Andai kata suatu hari nnt, kemarau diturunkan oleh Allah. Tanaman tidak menjadi kerana kering kontang. Laut tak pernah kering. MashaAllah. Pernah terfikir lagi kalau nikmat laut itu ditarik balik oleh Allah? Apa jadi pada saudara-saudara kita yang bekerja sebagai nelayan? Di manakah mereka mahu mencari sesuap nasi? Bukan sahaja untuk diri bahkan untuk seluruh keluarga nya? Takkan nak meminta sedekah? Ada tenaga kudrat, better kita lakukan sesuatu pekerjaan. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Percayalah. Jika kita lakukan pekerjaan dengan tenaga sendiri, InsyaAllah terasa kenikmatannya. Nampak tak? Satu nikmat sahaja ditarik, banyak kesusahan yang kita dapat.

Seterusnya, manusia senang leka bahawa pada salah satu nikmat yang tak terkira, iaitu nikmat kehidupan. Berat rasanya mulut ini untuk mengucap sekurang-kurangnya 'Alhamdulillah' di saat terjaga dari tidur. Allah dah memberikan kita nikmat oksigen dengan percuma dahh. Bayangkan kalau Allah caj kita dengan setiap oksigen yang kita consume. Tak terkira banyaknya hutang kita pada Allah. Allah tidak meminta dengan wang ringgit untuk nikmat itu. Allah hanya memerintahkan kita solat , melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya sahaja. Bahkan, Allah pula lagi tambah nikmat itu dengan menghadiahkan kita syurga di akirat kelak. Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahuakbar. Begitu sekali pemurahnya Allah, Tuhan sekelian alam. Ini baru dua nikmat sahaja. Belum lagi nikmat-nikmat Allah yang begitu banyaknya itu. Memang tak terhabis tulis kalau nak listkan nikmat-nikmat Allah itu. Kita sebagai hamba-Nya, sering melupakan Allah lebih lebih lagi di saat kesenangan dan kemewahan. Bagaimana kita nak mengharapkan Allah kenal kita, menurunkan bantuan kepada kita, sedangkan di saat kita dihujani kesenangan, kita tidak mahu berkenalan dengan Allah. Kita tidah mahu bermesra dengan Allah. Jangan sampai Allah menarik nikmat kita. Nauzubillah. Semoga kita bermula saat ini, istiqamah dalam melakukan ibadah kepada-Nya. Melakukan sesuatu ibadah kerana Allah. Bukan untuk menunjuk, takbur ataupun riak. Wallahua'lam

2 comments:

  1. impressed. request next post letak banyak gambar lagi :)

    ReplyDelete
  2. haha. banyak gambar apa? alex? inshaAllah :)

    ReplyDelete